PENYAKIT KEKURANGAN ENZIM G6PD. INFO SIHAT
Kekurangan Enzim G6PD
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.
Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.
Gejala/Tanda-tanda:
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.
Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :
Akibat daripada kekurangan darah:
- Tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
- Degupan jantung yang laju
Akibat daripada hemolisis
- Jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
CellMaxx adalah makanan kesihatan berasaskan alga biru hijau yang dikenali sebagai Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat.
CellMaxx kaya dengan pelbagai nutrisi lengkap seperti Polisakarida, Phycocyanin, Klorofil, L-Selectin Ligand, Vitamin, Mineral Beta Karotena, Asid Amino dan Phenylethylamine (PEA) yang amat sesuai untuk kanak-kanak.
Ketahui bagaimana CellMaxx boleh membantu anak anda daripada masalah kekurangan Enzim G6PD ini.
Whatapps kami di talian 0173727486 untuk dapatkan pengakuan testimoni sendiri anak seorang Doktor iaitu Dr. Wan Martina bagaimana CellMaxx amat berkesan dan membantu memberi pemulihan serta merta.
No comments:
Post a Comment